
nazrina949
6 tahun
Kencing keluar darah
Saya eina dr peneng umur 35thn. Saya dh sakit kencinh xlawas ni dh 6 bulan. Smpai demam2. Smpai sekarang sy kencing ttp kluar darah. Kenpa ya. Sy dh cuci dh. Stiap kali sy cuci msti ada darah. Bila pakai ped xda pn drah. Sy ingt peried. Peried sy pn xtntu. Kdang 3bln datang skit… Kdang mai dmpai sebuln. Skrg ni dh 5 buln xdtang peried. Asyk kncing kotor jew. Sakit smpai nk jlan n bergerak pn sy sakit bahagian kiri smpai ke pinggang n balkang. Bila malam asyk demam ja. Sb tahan sakit. Apa perlu saya bt doktr…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Darah dalam air kencing yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.