
Sulit
5 tahun
Kencing Kotor 2minggu
saya wanita yang berumur 22 tahun…saya mengalami kencing kotor akibat dari suka tahan kencing…bila kena kencing kotor kerap ke tandas tapi bila kencing cuma setitik dua sahaja…pedih, perit, ngilu di bahagian kemaluan…senak di perut…tidur malam terganggu…ada cara untuk pulihkan tak, rawatan ? atau kena ambik ubat ? saya kencing kotor sudah 2 minggu lebih…tetapi tak pergi ke klinik untuk pemeriksaan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Berdasarkan penceritaa tentang masalah kesihatan anda, besar kemungkinan cik mengalami jangkitan saluran kencing . Oleh itu anda perlu segera berjumpa doktor untuk ubat antibiotik dan preskripsi tambahan. Buat masa ini, kami nasihatkan anda banyakkan minum air kosong sekurang- kurangnya 2 liter air untuk kerap kencing dan sentiasa memastikan kebersihan kawasan kencing.
Sekiranya rawatan ditangguh, ada kemungkinan besar jangkitan kuman tersebut boleh merebak ke bahagian lain saluran kencing seperti buah pinggang atau pundi kencing. Salah satu tanda utama buah pinggang telah dijangkiti kuman ialah apabila air kencing menjadi keruh dan sakit pinggang atau perut serta demam tinggi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pyelonephritis’.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.