Sulit
4 tahun
Kencing kotor dri kecil sehingga sekarang
Doktor sy lelaki umur 21 tahun… sy dri kecil mengalami masalah kencing kotor dimana jika terlalu kerap minum minuman bergas atau manis… semasa membuang air kecil sakit dan kuantiti sedikit… adakah ini masalah serious…adakah dia akan menjejaskan kesihatan sy…dan langkah utk mengatasinya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing kotor ( urinary tract infection ) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman
- batu karang
- keradangan pundi kencing
- golongan yang sistem imun badannya lemah seperti pesakit HIV atau AIDS
Memandandangkan sebahagian besar kencing kotor dipengaruhi oleh jangkitan, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mendeteksi penyebab pasti masalah anda serta mendapatkan ubat yang sesuai dengan jangkitan yang terjadi. Langkah sederhana yang boleh dilakukan bagi mengurangkan keparahan kencing kotor adalah memperbanyak minum air.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































