Sulit
3 tahun
Kencing manis tahap cucuk..bleh suggest susu x?
Saya wanita yg berpenyakit kencing manis…bleh suggest susu yg sesuai x untuk sya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa makanan yang anda boleh makan sebagai penghidap kencing manis, seperti:
- Sayur-sayuran seperti bayam, brokoli, kobis dan bok choy
- Makanan bijiran penuh
- Ikan seperti salmon, mackerel, tuna dan sardin
- Kekacang
- Buah-buahan sitrus seperti buah oren
- Ubi keledek
Makanan yang anda perlu elakkan adalah makanan mempunyai indeks glisemik yang tinggi seperti:
- Nasi putih
- Pasta
- Roti
- Kentang
- Tembikai
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar atau pakar nutrisi untuk menentukan pemakanan yang sesuai untuk anda dan mendapatkan kesimpulan lebih lanjut.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.