Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kencing sakit selepas hubungan seks

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 3, 2020 9:35 PM

Sulit 2 bulan

Hi doktor . Saya ingin bertanya , dlm tempoh waktu baru2 ini mengapa stiap kali selepas sy melakukan hubungan seks , bila membuang air kecil mesti sakit dan pedih . Harap doktor dpt membantu dan menjelaskannya dgn lebih lanjut . Terima kasih

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • kering faraj menyebabkan trauma
  • STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
  • Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
  • Batu karang
  • Saluran kencing tersumbat
  • “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun May 03 2020 21:35:36 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Xray kub (kidney ureter bladder) Sy berusia 35 tahun akn menjalani xray kub(kidney ureter bladder).sy ada buat test kencing dan mendapati ada darah kemungkinan haid atau batu karang.pada malam test air kencing sy datang bulan.s… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Kerap buang air kecil dalam sehari Saya kerap membuang air kecil tidak kira siang atau pada waktu malam. Tetapi air kencing saya berwarna jernih. Adakah ini juga salah satu masalah kencing manis Baca lagi...
39 hari
Sulit
Kencing tidak puas terutamanya pada waktu malam Saya lelaki berumur 18 saya baru saja mengalami masalah ini dan pada waktu malam setiap kali kencing saya masih merasakan yang air kencing itu masih ada dan ketika saya masuk ke tandas pula ia t… Baca lagi...
45 hari
Sulit
Kencing tapi sedikit Kenapa saya rasa nak terkencing tapi bila kencing keluarnya sedikit.saya juga kadang2 rasa sakit di bwah perut jika tidak kencing .kenapa ya. Baca lagi...
12 hari
Sulit
Kencing sedikit dan dalam haid Minggu lepas saya kerap kencing dan kuantiti kencing yang sedikit.tpi saya tak rasa sakit pon semasa kencing dan saya sakit di bawah perut 2 kali.saya pgi klinik doc bgi ubat kencing tak lawas d… Baca lagi...
4 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi