
Sulit
3 tahun
Kencing tak habis atau kencing tak lawas
Saya lelaki berumur 25 tahun.menghidap penyakit tak lawas ni dah lama dekat dalam lebih 1 tahun.kadang kadang sya kencing tak sampai 5 minit nak kencing lagi…kuantiti air kencing saya sedikit.saya sudah beli ubat u lite urin alkalinizer.tapi sama juga kadang2 pinggang saya terasa macam berdenyut denyut.saya sudah minum air dengan banyak tapi sama juga .masih tak menguranginya.saya harap doktor dapat tolong

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kencing anda dan kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kencing tak lawas boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Penyakit kencing kotor (UTI)
- Jangkitan kuman pada saluran kencing dan buah pinggang
- Masalah prostat
- Masalah sistem saraf
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai punca masalah anda tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu. Anda juga boleh dapatkan konsultasi atas talian bersama doktor kami secara atas talian untuk bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.