Sulit
4 tahun
Kencing Tak Terkawal
Salam doktor, saya berumur 24tahun. Sekarang ni saya ada masalah pundi kencing saya takdapat tahan kalau nak buang air kecil. Ada 1hari tu saya taktahu kenapa, masa tengah cari tempat nak buang air kecil tu sy dah terkencing dalam kereta. Sy rasa sy tak tahan kencing pun tapi taktahu la kenapa masalah ini berlaku. Adakah sy minum air banyak? Lepastu bile duk rumah saya kerap terjaga waktu malam sbb taktahan nak kencing. Sy jadi kerap terkencing dalam seluar sekarang. Apakah tanda ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pundi kencing yang sangat aktif (Overactive bladder)
- minum air terlalu banyak
- jangkitan salur kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.