Sulit
3 tahun
Kencing tersumbat selepas onani
saya lelaki, saya ingin bertanya…minggu lepas saya onani menggunakan sabun mandi, selepas onani saya boleh kencing…selepas bangun tido pagi,air kencing saya tak boleh keluar…selepas doktor bagi anti biotik dan ubat lawas kencing baru saya boleh kencing… selepas 3 hari saya boleh kencing, saya bersetubuh sesama isteri dan workout …keesokkan hari saya tak boleh kencing balik…
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar untuk membuang air walaupun sudah memakan ubat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Berdasarkan keterangan anda, anda telah memakan ubat yang telah diberikan doktor. Namun, masalah ini timbul semula apabila anda ejakulasi selepas onani dan bersetubuh. Kami memerlukan maklumat lanjut untuk membuat rumusan kerana maklumat yang diberikan adalah terhad.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah