Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kencing tidak puas terutamanya pada waktu malam

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 26, 2020 12:55 AM

Sulit 44 hari

Saya lelaki berumur 18 saya baru saja mengalami masalah ini dan pada waktu malam setiap kali kencing saya masih merasakan yang air kencing itu masih ada dan ketika saya masuk ke tandas pula ia tidak mahu keluar bolehkah doktor beritahu apakah masalah saya yang sebenarnya dan apakah cara2 untuk merawat masalah ini

Dr Ramzdhan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang anda alami. Masalah kencing tidak lawas atau tidak puas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:

  • Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
  • Masalah batu karang
  • Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
  • Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih

Dikemaskini pada: Tue May 26 2020 00:55:10 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Adakah air kencing atau air basuhan(air paip) Saya lelaki 20an…selepas basuh kencing dan lap zakar saya…saya buat beberapa langkah dan dapati ada sedikit air jernih keluar dkt hujung zakar saya…tidak menitis…jadi saya nk tanya adakah itu ai… Baca lagi...
41 hari
cikhanamo
Kencing Tak Lawas, Urine sikit dan kerap kencing Hi Dr. Saya berumur 23 tahun dan mengalami kencing tidak lawas sudah lama. Saya ada pergi check up 2 kali, dan kedua doctor cakap hanya kencing kotor. Sampai saya fed up untuk ke klinik. Kencing tak… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Ada cebis air kencing Hello doctor, saya nak tanya berkenaan dengan kencing saya. Sebelum ni lepas kencing sahaja, saya cuci dan terus habis. Tapi sekrang ni,waktu awal pkp haritu, saya ada mcm penyakit yg mana lepas… Baca lagi...
39 hari
Sulit
Kencing tak lawas dah lebih seminggu Doc adakah kencing tak lawas tu sebb jangkitan kuman.saya kencing tak sakit tapi kerap kencing dah air kencing tak banyak dan tak kurang.saya ni kencing tak lawas e doctor Baca lagi...
6 hari
Sulit
Kencing berdarah adakah itu haid Saya akhir2 ini kerap kencing tapi tak ada rasa sakit semasa kencing kecuali sakit di bawah perut kadang2. Tapi semalam kencing saya ada gumpalan darah yg sedikit.saya keliru itu haid ke tak seb… Baca lagi...
6 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi