Sulit
3 tahun
Kentut vagina sering berlaku adakah
Adakah benda biasa atau luar biasa jika anak dara berusia lingkungan 19-23 mengalami kentut vagina ? Adakah maksud kentut vagina bermaksud anak dara itu sudah kehilangan dara. Mohon penjelasan.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini tidak terpengaruh samada seseorang itu masih dara ataupun tidak. Kentut faraj merujuk kepada gas yang terperangkap dalam badan dan dilepaskan melalui ronggga tubuh seperti faraj. Berikut merupakan punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini:
- Aktiviti senaman dan bersukan
- Otot bahagian pungung yang lemah
- Pembentukan fistula pada faraj
- Prosedur pemeriksaan kesihatan bahagian kemaluan
Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melakukan senaman kagel. Anda juga perlu mengambil perhatian jika kentut ini disertai dengan bau, sakit dan juga lelehan cecari. Segera dapatkan rawatan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah