
Sulit
4 tahun
Kepala berpusing, sakit bahu, anxiety
saya berumur 30 tahun, kepala berpusing, sakit bahu, sedikit tarasa seperti anxiety, jantung berdebar

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala berpusing, sakit bahu dan jantung berdegup laju.
Terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan gejala sakit kepala berpusing iaitu:
- Masalah organ telinga yang boleh menyebabkan kepeningan dan kepala. Selalunya ini akan disampingi dengan telinga berdering
- Gangguan stress atau emosi
- Tabiat makan yang kurang sihat
- Senaman yang kurang
- Kurang rehat dan tidur
- Tekanan darah tinggi
- Masalah salur darah pada kepala dan otak seperti Aneurysm dan juga Cerebral edema
- Jangkitan kuman pada otak atau salur darah otak dan kepala.
- Keradangan selaput otak seperti Meningitis yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman.
- Masalah penglihatan seperti menggunakan kanta lekap yang tidak sesuai dengan tahap kerabunan (jika rabun).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman anda, sakit bahu yang berpanjangan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sindrom tendonopati iaitu kelainan rasa sakit dan biasanya bengkak pada tendon bahu akibat penggunaan berlebihan yang timbul terutamanya saat mengangkat barang atau beban
- Subacromial bursitis keradangan bursa bahu. Bursa adalah merupakan kantung cairan yang berfungsi seperti kusyen diantara tulang bahu
- Adhesive capsulitis adalah keradangan kapsul bahu iaitu sejenis tisu yang membungkus daerah bahu
Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh dibeli difarmasi. Namun, rawatan ini tidak merawat masalah sebenar punca sakit kepala.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.