Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kepala masih pening selepas rawatan mini strok

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 4, 2019 8:40 AM

morjhan 12 bulan

Hi Doktor…
Adakah normal “kepala pening” walaupun telah mendapatan rawatan strok? Saya risau keadaan ini akan terus memudaratkan ayah saya. Apakah langkah yang harus diambil bagi mempercepatkan rawatan “kepala pening” tersebut? Terima kasih!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Gejala sakit kepala dan pening adalah dua simptom yang berlainan dari segi definisinya. Bagi pesakit strok, gejala sakit kepala adalah antara simptom awal yang sering dilaporkan dan hal ini boleh disebabkan kerana:

  • Tekanan darah yang tinggi selepas strok (mekanisma badan dalam memberikan darah mencukupi ke otak)
  • Ketidak-seimbangan elektrolit badan ke otak
  • Pendarahan dalaman otak

Manakala gejala pening kepala selepas strok boleh berpunca kerana masalah saraf kranial vetibulo-koklear ataupun pada pusat saraf tersebut. Gejala ini selalunya diberitahu oleh pesakit sebagai “kepala atau kawasan sekeliling berpusing-pusing”.

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 04 2019 08:40:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
morjhan
Kepala masih pening selepas rawatan mini strok Hi Doktor… Adakah normal “kepala pening” walaupun telah mendapatan rawatan strok? Saya risau keadaan ini akan terus memudaratkan ayah saya. Apakah langkah yang harus diambil bagi mempercepatkan rawat… Baca lagi...
12 bulan
Sulit
Pembuluh darah pecah Apakah koma disebabkan pembulu darah pecah dan beku di otak, bisa disembuhkan atau tidak ada harapan lagi ya doc? Baca lagi...
17 hari
Sulit
Cara mengubati masalah pesakit stroke Assalammualaikum doktor…sye mempunyai seorang ibu yang menghidapi masalah stroke kecil…n sye rase antara faktor yg menyebabkan penyakit ni berlaku ialah disebabkan dlu ibu sye pernah terkena spa… Baca lagi...
4 bulan
matdan
Bagaimana merawat ayah saya yang kena strok Salam, hai doktor. Bapa saya telah diserang strok dan lumpuh ketika ini. Boleh saya tahu bagaimana hendak merawat ayah saya? Adakah saya juga berisiko diserang strok? Baca lagi...
17 bulan
Anonymous
Sakit kepala dan strok Sy berumur 43 thn…sy kene stroke umur 40thn…dr segi fizikal sy ok…boleh bermain badminton cuma sy rase pening di kepala tidak hilang sejak 3thn dulu…rase sakit ni bergerak-gerak(kadang2 rase sakit di … Baca lagi...
11 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi