
nurhafizarosli77
5 tahun
Kepala perit waktu tunduk
Saya berumur 26 tahun. Seminggu lepas saya mengalami selesema dan sekarang sudah tidak. Cuma kadang terasa didalam hidung berair ketika saya berada di tempat panas.
Dua hari lepas saya mengalami sakit pada bahagian dalam pipi kanan waktu sujud solat. Terasa menekan dan sakit. Perkara itu berlanjutan sehingga ke hari ini ( hari ketiga).
Petang semalam saya mula perasan ketika mahu membuang air besar dan sewaktu meneran,kepala bahagian kanan pula terasa tekanan. Hari ini saya mengalami sakit kepala sepenuhnya di sebelah kanan waktu bangun tidur dan jika tunduk sedikit sahaja kepala Saya akan terasa perit.
Apakah sakit ini doc Dan penyebabnya?
Terima kasih doc!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.