
Sulit
3 tahun
Kepala pusing berlanjutan 2 minggu
Selepas saya pergi buat rawatan eligmen tulang.
Saya rasa kepala saya berpusing tidak begiti terok
Boleh lagi imbangi badan saya. Tapi saya tak berapa selesa
Dengan setiusi bergini. Ada kah di sebab kan saraf. Atau otot tegang atau apa doktor

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang ditanyakan.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah kepala berpusing. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kepala rasa berpusing. Antaranya adalah:
- Kurang oksigen dalam badan
- Penyakit darah seperti anemia
- Tekanan darah tinggi
- Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV)
- Meniere’s disease
- Acute vestibular dysfunction
Oleh itu, saya menyarankan kepada anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor