
tembamtembam_t
2 tahun
Kepala rasa berdenyut dan sakit
Baru2 ini darah sy telah disahkn terkena jangkitan kuman. Sy telah diberi antibiotik dan diarahkn untuk mghabiskn dos yg diberikan. Alhamdulillah tiada lg dmm menggigil dan sakit2 sendi spt sblm ni. Demam biasa dgn suhu 37.8 - 38.3 ada dlm selang masa bbrp jam. Ubat yg ada hya utk sehari penggunaan. Namun yg mnjadi kerisauan sy, kpla sy kdg2 pening dan sakit berdenyut. Adakah ini tanda msh trdapat kuman dlm darah sy? Jika ya, bgm sy perlu mndapatkn rawatan yg sewajarnya?
Terima kasih sebelumnya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala migrain
- Jangkitan kuman kepada saraf (meningitis)
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Sakit kepala sinusitis
- Sakit kepala tekanan (lazim dalam golongan yang menghadap komputer lama)
Untuk pengetahuan anda, kuman dalam darah hanya boleh ditentukan dengan tepat melalui ujian makmal dan sekiranya masih ada kuman dalam darah anda akan mempunyai simptom demam. Sekiranya simptom yang anda alami masih berlarutan walaupun telah habis ubat itu, berjumpalah dengan doktor untuk tindakan selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.