Sulit
3 tahun
Kepala sering sakit
1. Sy ada mslh sinus , hidung selalu berair dan kdg2 block … sering sakit kepala …adakah sakit kepala sy ni ianya berkaitan dgn sinus?
- Adakah ujian penanda kaser n tumor perlu dibuat oleh setiap org ? Blhbtak kalu sy nk buat dan di maba sy blh buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Berikut merupakan tanda-tanda yang akan dialami oleh seseorang sekiranya dia mengalami radang sinus atau (sinusitis):
- Sakit kepala
- Hidung tersumbat
- Nafas berbau
- Sakit di bahagian mata, hidung dan bahagian sinus
- Terdapat hingus berwarna kuning atau hijau keluar daripada hidung anda
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk soalan kedua anda, ujian penanda kanser hanya dilakukan sekiranya anda disyaki mempunyai kanser atau menunjukkan tanda-tanda kanser. Jadi, ia tidak perlu dilakukan secara rutin melainkan anda merupakan seorang pesakit kanser. Jika anda ingin melakukan ujian penanda kanser, anda boleh pergi ke mana-mana klinik yang menawarkan khidmat ujian penanda kanser.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.