
Sulit
3 tahun
Kepala terasa berpusing dan ingin jatuh
Saya lelaki berumur 22 tahun saya sudah alami ini selama 3 hari dan ia nya berlaku bila saya lewat ,dan saya merasakan sakit di bahagian kepala dan seolah olah dunia berputar

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Vertigo
- Tekanan darah rendah
- Kurang darah atau ‘anemia’
- Tekanan darah berubah akibat daripada pertukaran posisi atau ’ Postural hypotension’
- Jangkitan telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh merujuk kepada doktor untuk menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan lebih lanjut untuk meneliti punca penyebab lain.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.