Sulit
2 tahun
Kepastian untuk hamil atau tidak
Salam… Haritu 23 mei saya ada pergi klinik swasta buat ultrasound sbb oeriod sy dah xdtg last period awal bulan 4… Doc cakap sy ada cyst dkt ovari bwh 2cm… Doc suruh tggu 3 bulan utk tgk cyst tu membesar ke tak… Hari nie sy cek upt ada naik 2 line sbb sy ada rasa loya dan muntah… Sy nk tnya positive tu sbb kan cyst ke atau sy betul hamil? Dalam masa 1 bulan cyst boleh membesar ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kekeliruan anda mengenai keputusan ujian kehamilan dan isu cyst.
Untuk pengetahuan anda, cyst boleh membesar dan kehamilan juga boleh berlaku walaupun mempunyai cyst. Untu mendapatkan ujian kehamilan yang tepat, disarankan untuk melakukan ujian kehamilan di klinik atau pusat kesihatan berdekatan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami melalui atas talian secara peribadi.
Terima kasih