Sulit
3 tahun
Keputihan ada darah selepas datang bulan
Salam dan selamat petang dr.
Saya baru ja habes period 4 hari yang lalu. Sekarang saya mengalami keputihan. Saya lihat keputihan saya bercampur dgn darah. Dan juga keputihan bercampur berwarna coklat gelap. Adakah ia normal doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mengenai keputihan bercampur darah berwana coklat gelap. Untuk makluman anda, keputihan yang seperti anda perihalkan sebenarnya dipengaruhi oleh hormon estrogen yang ada pada wanita. Hormon estrogen merupakan komponen yang merangsang penghasilan keputihan daripada faraj wanita.
Selalunya, keputihan ini adalah perkara yang normal terjadi pada wanita ketika kedatangan haid. Namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit. Keputihan ini boleh diklasifikasi kepada dua, iaitu keputihan fisiologi dan juga keputihan patologik.
Keputihan fisiologi bermaksud ia adalah keputihan yang normal. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Kebiasaanya, keputihan yang berwarna coklat sering berlaku pada akhir menstruasi (period) atau pada masa kehamilan. Namun, pada waktu lain, ia boleh menjadi sebuah kondisi patologik. Keputihan patologik juga kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku.
Berikut merupakan beberapa penyakit yang berkait dengan keputihan patologik:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
- Atrofi vagina
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih