Anonymous
4 tahun
Keputihan berketul dan berbau hanyir
Saya wanita berusia 28tahun, sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. Sejak kebelakangan ini saya mengalami keputihan berwarna putih dan berketul2 kadang2 ianya berbau hanyir. Apakah punca masalah keputihan ini dan bagaimanakah cara untuk membendung masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputihan bersama-sama dengan bau yang kurang selesa di faraj.
Salah sejenis jangkitan yang menyebabkan simptom-simptom anda adalah vaginosis bakteria. Ia menyebabkan keputihan yang cair yang kelihatan seperti susu. Ia juga menyebabkan bau yang hanyir yang boleh menjadi lebih ketara selepas hubungan seksual. Jangkitan ini disebabkan oleh gabungan beberapa jenis bakteria di dalam faraj yang menjadi terlampau berlebihan apabila keseimbangan pH faraj terganggu.
Jangkitan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom anda adalah trichomoniasis yang disebarkan melalui hubungan seksual. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan keputihan termasuk jangkitan yis serta jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea. Walau bagaimanapun, jangkitan-jangkitan ini tidak biasanya menyebabkan keputihan yang berbau.
Bagi bau yang tidak selesa pula, sebab-sebab lain termasuk kebersihan yang kurang memuaskan dan tampon yang tertinggal di dalam faraj.
Rawatan adalah berbeza bagi penyakit-penyakit yang berlainan.Oleh itu, anda patut diperiksa oleh doktor untuk mengenalpasti penyakit anda untuk menerima rawatan yang paling sesuai.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih