
Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna Coklat ketika hamil
Hi doktor sy sekarang pregnant anak pertama dan usia kandungan baru masuk 6 bulan… Baru2 ni sy alami keputihan tetapi dia betukar coklat kemudian keluar merah… Tapi x bnyak… Tp sy x rasa gatal dan x berbau jg. Sy risau sbb ni baru pertama kli hamil… Sy harap doktor blh bantu bg penerangan… Terima
kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan berwarna coklat yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Anda boleh melakukan ujian UPT sekiranya anda berasakan anda hamil. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.