
Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna coklat lebih daripada 10 hari
Saya wanita berusia 25 tahun dan masih belum berkahwin, dari 4feb sehingga harini 14feb saya masih keluar discaj keputihan coklat dan kadang kala berserta darah sedikit tapi tidaklah sampai penuh pantiliner, ia tidak berlaku dalam tempoh saya tengah haid kerana hari terakhir saya haid adalah pada 28jan. Kenapa ya boleh jadi begitu? Thank you Doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keputihan berwarna coklat boleh disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ovulasi
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
- Tisu endometrium
- Kanser endometrium atau serviks
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna jika masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti anda. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih