Sulit
3 tahun
Keputihan berwarna putih pekat dan berketul
Saya beeumur 30 tahun dan telah berkahwin. Saya mempunyai masalah keputihan yang berketul2. Keputihan saya berwarna lutih pekat tetapi saya tidak mengalami sebarang kegatalan, dan bau yang tidak menyenangkan. Walau bagaimana pun keputihan ini tidaklah datang hari2. Lagi satu keputihan ini tidak keluar seperti cecair keputihan.
Sebaliknya ianya melekat pada dinding faraj. Saya akan mencucinya dengan memasukkan jari dan air untuk keluarkannya. Kalau saya tidak berbuat demikian, keputihan tersebut akan terus melekat pada dinding faraj saya dan perkara ini kurang menyenangkan suami saya ketika hubungan intim. Saya tidak pernah menggunakan apa2 pencuci miss v. Saya hanya mencuci dgn air sahaja. Apakah perkara ini normal? Bagaimana cara saya hendak merawatnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham tentang kerisauan anda terhadap masalah keputihan yang anda alami dan kami akan memberi pandangan kami secara am mengapa anda mengalami gejala sedemikian.
Untuk makluman anda, keputihan boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan kuman, virus, parasit atau yis
- Penyakit kelamin ( Sexually transmitted infection / STI )
- Gaya hidup yang tidak sihat
- Masalah kesihatan (klik di sini untuk mengetahui punca keputihan)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan keputihan:
- Menjaga kebersihan faraj dan jangan gunakan pencuci yang boleh mengganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan melakukan seks rambang tanpa menggunakan perlindungan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Sentiasa menukar tuala wanita/pad semasa haid
- Elakkan mengambil antibiotik atau ubat tanpa pengawasan doktor
Jika anda masih mempunyai keraguan dan kemusykilan, sila berhubung dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian. Terima kasih.