
Mazrin
6 tahun
Keputihan dan faraj berbau hanyir
Saya berusia 29 tahun mempunyai seorang anak. Saya ingin bertanya kepada dokter jika saya mengalami masalah keputihan dan masalah faraj yang berbau hanyir. Faraj juga akan berbau hanyir ketika bersama. Apa yang perlu saya lakukan atau perlu mengambil ubat ubatan yang sesuai untuk mengurangkan bau tersebut

6 tahun
Salam sejahtera. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputihan bersama-sama dengan bau yang kurang selesa di faraj.
Salah sejenis jangkitan yang menyebabkan simptom-simptom anda adalah vaginosis bakteria. Ia menyebabkan keputihan yang cair yang kelihatan seperti susu. Ia juga menyebabkan bau yang hanyir yang boleh menjadi lebih ketara selepas hubungan seksual. Jangkitan ini disebabkan oleh gabungan beberapa jenis bakteria di dalam faraj yang menjadi terlampau berlebihan apabila keseimbangan pH faraj terganggu.
Jangkitan lain yang juga menyebabkan simptom-simptom anda adalah trichomoniasis yang disebarkan melalui hubungan seksual. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan keputihan termasuk jangkitan yis serta jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea. Walau bagaimanapun, jangkitan-jangkitan ini tidak biasanya menyebabkan keputihan yang berbau.
Bagi bau yang tidak selesa pula, sebab-sebab lain termasuk kebersihan yang kurang memuaskan dan tampon yang tertinggal di dalam faraj.
Rawatan adalah berbeza bagi penyakit-penyakit yang berlainan.Oleh itu, anda patut diperiksa oleh doktor untuk mengenalpasti penyakit anda untuk menerima rawatan yang paling sesuai.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertanyaan anda.
Antara perkara-perkara yang mempengaruhi masalah keputihan ialah hormon oestrogen yang menjadi tinggi ketika kedatangan haid kali pertama, kehamilan dan juga ketika ovulasi. Kitaran haid, status nutrisi, penggunaan pil perancanng keluarga, rangsangan seksual, stress, peradangan pelvik atau PID (Pelvic Inflammatory Disease) atau organ reproduksi lain yang disebabkan oleh penyakit kelamin yang tidak ditularkan melalui hubungan seksual.
Keputihan dikira normal apabila ia tampak jernih, putih seperti awan, atau kekuningan apabila ia kering. Jika ia berwarna kehijauan, kental, berbau busuk dan rasa terbakar ketika membuang air kecil, terdapat gumpalan seperti keju atau rasa gatal, ia dikira keputihan yang berpenyakit.
Untuk keadaan anda, saya sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang betul. Doktor akan melakukan pengambilan sampel dari dinding faraj dan hantar ke makmal untuk dibiakkan untuk mengetahui organisma yang menyebabkan masalah anda.