
Sulit
3 tahun
Keputihan Gatal dan Kerap
Saya wanita berumur 25 tahun dan telah berkahwin. Soalan saya, sejak setahun lepas (semasa belum berkahwin), saya dapati faraj saya mengalami gatal yang amat sangat di mana saya belum pernah mengalaminya. keputihan juga berketul seperti keju. Saya terus ke farmasi untuk dapatkan ubat selepas beberapa hari mengalaminya.
Dan semenjak dari itu, setiap kali menjelang haid, saya akan mengalami keputihan yang banyak untuk 2-3 hari sebelum hari haid. tapi tidak terlalu gatal dan kadang tidak gatal langsung. Saya cuma bimbang ada penyakit lain yang saya tak tahu dan mungkin menghalang saya untuk hamil. Saya harap doktor boleh membantu. Terima kasih.

3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan berbau busuk yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, walaupun keputihan merupakan fenomena normal yang sering berlaku keatas wanita, namun ia juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai penyakit.
Secara umum, keputihan boleh dikategorikan kepada dua klasifikasi besar iaitu keputihan yang berlaku disebabkan fisiologi normal badan ataupun berpunca daripada sakit penyakit atau juga dikenali sebagai patologik.
- Keputihan fisiologi
Keputihan fisiologi selalunya hadir pada ketika wanita itu sedang subur ataupun sebelum datang haid. Bagi keputihan normal, kelazimannya ia berwarna putih atau krim dan ada kalanya berlendir. Namun, lendir bagi keputihan fisiologi bersifat cair, tidak melekat, tidak berbau dan dalam kuantiti yang sedikit. Jika perkara yang sebaliknya berlaku, ia berkemungkinan merupakan keputihan patologik.
- Keputihan patologik
Keputihan patologik kebiasaannya berwarna kuning, hijau dan ada kalanya berwarna kelabu mengikut jenis patologi atau penyakit yang berlaku. Keputihan patologik berlaku pada ketika seseorang itu mengalami jangkitan atau keradangan. Ciri tambahan yang ada pada keputihan patologik ialah ia selalunya menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kawasan kemaluan. Permukaan kulit pada faraj pesakit juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berbintik. Bagi keputihan jenis ini pula, tekstur lendir yang dikeluarkan terasa melekat dan berbau. Keputihan patologik memerlukan rawatan yang terperinci kerana ia menandakan bahawa seseorang itu mengalami penyakit.
Terdapat beberapa punca keputihan patologik, antaranya ialah:
- jangkitan kuman (parasit, bakteria dan yis)
- ketidaksemibangan hormon
- masalah kesihatan
- gaya hidup yang tidak sihat
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih