
Sulit
4 tahun
Keputihan melampau selepas pasang iud adakah normal
Hai doc saya nak tnya selepas sya pasang iud ,cecair lendir keputihan kuning dan putih banyak sangat keluar,adakah itu normal doc,saya jadi tidak selesa,krana panty sentiasa basah,harap doc dpt bantu.tq ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah keputihan, seperti:
- Radang organ pelvis
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan yis
- Jangkitan kelamin
- Vaginitis
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana sekiranya masalah tersebut mengganggu anda.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya:
- Sakit perut
- Demam
- Gangguan haid
- Terdapat cecair berbau keluar dari faraj
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga Terima kasih.