
dalilatifatini02
4 tahun
Keputihan warna coklat cair
Hai doktor. Saya nak tanya , kenapa keputihan saya berwarna coklat ? . Saya sudah period pada 2 minggu yang lalu selama 8 hari. Saya tidak melalukan hubungan intim bersama teman lelaki saya . Maaf untuk berkata , teman lelaki saya hnya mengeluarkan air maninya di kawasan peha dan bahagian intim saya sahaja sedikit . Adakah itu ada kaitan nya dengan keputihan coklat cair saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keputihan berwarna coklat cair. Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan seperti:
- Ovulasi
- Perimenopaus
- Kehamilan
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
- Keguguran
- Kanser endometrium atau serviks
- Sindrom ovarium polikistik
- Ektropion serviks
- Jangkitan seperti “vaginitis” dan “cervicitis”
- Wanita yang bermenstruasi dengan gangguan pendarahan atau penipisan darah
- Kitaran haid yang tidak teratur dan “spotting”:Sesetengah wanita hanya mempunyai haid yang tidak teratur dan spotting tanpa sebab yang jelas.
Risau dengan masalah keputihan berwarna coklat? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut daripada anda adalah diperlukan. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih