
Sulit
4 tahun
Keputihan yang berwana hijau
Saya berumur 30 tahun dan belum berkahwin.masalah sy pada datang bulan yg lpas, sy mngalami keputihan n kegatalan pada phujung haid…selapas beberapa hari sy dapati keputihan sy btukar wanrna hijau…selepas dua mgu baru sy bjumpa dengan doc…doc bg ubat antibiotik dan sy makan selama 2 mgu tetapi sehingga kini msh ada keputihan tetapi berwarna kuning tidak seperti diawal sy kena…tetapi tidak berbau…ada ke sy mngalalmi masalah yang serius??? Tolong bantu sy dr… terima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.