Sulit
4 tahun
Keputihan yang gatal dan berbau
Assalammualaikum dr.saya noru ,mengalami KEPUTIHAN PUTIH GATAL DAN BERBAU dalam tempoh 2 hari ini.Saya sudah Berkahwin.
Boleh saya tahu lebih detail cara merawat dengan Selamat atau Mana mana ubat yang berkesan untuk rawat.Saya agak tertekan dengan gatal dan bau yang tidak menyenangkan ni.
Mohon bantuan dari pihak doktor dapat menjawab pertanyaan saya ni.Sekian terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan yang anda alami ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Bagi mengurangkan gejala yang anda alami ini, anda boleh lakukan beberapa langkah seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.