
qqnana84
3 tahun
Keputihan yang sering dan berasa sakit di tempat kemaluan
Saya berumur 16 tahun.semenjak ini keputihan keluar banyak dan kadang-kadang sakit di kemaluan dan kadang- kadang bila langkah untuk berjalan ia rasa pedih di tempat tersebut.Bolehkah doktor tolong terangkan masalah ini .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan anda.
Melalui keterangan anda diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keputihan yang banyak dan menyebabkan sakit pada bahagian kemaluan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sebelum mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum pihak kami membuat sebarang kesimpulan. Secara umum, masalah keputihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penjagaan kawasan kemaluan yang kurang bersih
- Jangkitan salur kencing
Akan tetapi, ia boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor seperti:
- Vaginitis atau cervicitis
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted diseases )
- jangkitan pada saluran kencing ( Urinary Tract Infection )
Oleh itu anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor