
Sulit
5 tahun
Keputihan yg mendatangkan kegatalan
Sy berumur 24tahun, masih belum berkahwin . Sy ada masalah keputihan yg kadang kadang mendatangkan kegatalan bila keputihan tu melekat di dinding miss v. Kadang keputihan keluar warna putih, kadang hijau. Sy takut sy ada masalah dalaman. Sebulan sekali sy mesti sakit mcm senggugut tapi sy dah habis period time tu. Tolong sy doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma
Untuk makluman pihak anda, gejala keputihan adalah sesuatu yang normal berlaku kepada wanita. Keputihan biasanya lebih banyak ketika hamil dan juga ovulasi. Keputihan yang normal biasanya tidak terlalu banyak, dan tidak berbau serta tidak mengakibatkan gejala lain seperti sakit atau gatal. Bagi masalah yang anda alami, gejala gatal, keputihan yang berlainan warna serta sakit senggugut menandakan keputihan tersebut berkemungkinan adalah tidak normal. Antara penyebab masalah ini adalah:
- Jangkitan penyakit kelamin
- Radang faraj
- Jangkitan kulat atau kandida
- Radang pelvis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.