Sulit
3 tahun
Keputusan ujian Air Kencing 1+ Albumin dan 3+ Darah
Saya menghantar anak saya berumur 13 tahun, perempuan untuk menjalani medical checkup. Keputusan air kencing menunjukkan 1+ Albumin dan 3+ Darah (bukan dlm haid). Doktor menyarankan untuk membuat ujian ulangan pada minggu hadapan. Ada kemungkinankah keputusan ujian berubah kepada normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, ujian atau pemeriksaan dilakukan untuk mengenalpasti masalah atau status kesihatan. Anda disarankan untuk membuat ujian ulangan seperti yang disarankan oleh doktor. Sukar bagi kami untuk menentukan atau menganggarkan keputusan ujian, tanpa maklumat serta pemeriksaan yang teliti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih