
Sulit
5 tahun
Keputusan ujian darah yang mengesan elevated ca125 dan ca199
Selamat pagi Dr. Tentang keputusan makmal mengenai ca125 dan ca199 adalah
Ca 125 highest level for normal range is 35 U/ml
Ca 199 highest level for normal range is 37 u/ml
Keputusan darah saya adalah
Ca125 - 39.5 dan ca199 - 46.5.
Cholesterol level saya juga agak tinggi iaitu 9.1. Boleh doktor bantu sy mengenai hal ini?
Show quoted text

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai.
Melalui semua maklumat yang anda berikan, saya galakkan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan nasihat lanjut. Ca 125 dan Ca 19-9 sememangnya tumout marker, namun ia bukan indikator bagi pakar perubatan untuk membuat keputusan. Oleh itu, amat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Bagi masalah kolesterol anda, ia agak tinggi. Kebiasaanya doktor akan menggalakkan anda untuk menjalani perubahan hidup seperti bersenam dan menjaga pemakanan bagi mengawal kolesterol anda. Sekiranya tidak berjaya barulah mereka memberi ubat. Namun begitu, ini bergantung kepada keputusan doktor setelah pemeriksaan dilakukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana keterbatasan kami dalam mendaaptkan maklumat lain serta untuk menjalankan pemeriksaan dan ujian yang sepatutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.