Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap bersin dan hidung tersumbat

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 11, 2020 10:08 AM

Sulit 46 hari

Saya wanita berumur 21 tahun kerap bersin dan hidung tersumbat sejak di bangku sekolah. Ubat juga diambil apabila saya menghidapi demam,tetapi hanya bertahan tidak lama. Tiap pagi saya akan mula bersin dengan teruk. Hampir 80% dalam aktiviti harian saya bernafas melalui mulut dan itu telah timbul ketidak selesaan saya lebih lagi apabila mask dipakai. Cadar setiap minggu juga akan dibasuh. Bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kerap bersin dan selesma setelah sekian lama serta anda kerap bernafas melalui mulut. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda iaitu:

  • Penyakit alahan ruangan hidung (allergic rhinitis)
  • Keradangan sinus yang kronik (Chronic sinusitis)
  • Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
  • Keradangan ruangan hidung (Nonallergic rhinitis)
  • Ketumbuhan polip dalam hidung
  • Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus (recurrent infections)
  • Stress atau masalah tiroid
  • Alahan pada makanan atau ubat.

Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya perkara ini berlarutan atau anda mengalami simptom yang lain seperti:

  • Hidung berdarah
  • Kelegaan yang tidak dapat dicapai
  • Sakit tekak atau tonsil bengkak
  • Batuk kering atau basah
  • Batuk darah
  • Sesak nafas
  • Demam, muntah dan loya
  • Sakit sendi atau keruaman pada kulit

Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.

Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:

  • Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
  • Jaga kebersihan diri secara am
  • Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
  • Elakkan makanan yang mempunyai alahan
  • Kurang stress dan cukupkan tidur
  • Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Untuk mengetahui lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

Dikemaskini pada: Fri Sep 11 2020 10:08:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Telinga, Hidung & Tekak tentang ENT secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Ada tompokan kecil@sedikit darah, apabila meludah baru2 nie dah check dgn doctor di klinik kesihatan, untuk check di kerongkong. kata doktor ada sedikit kemerahan.Namun acapkali apabila saya meludah, terdapat tompokan kecil@sedikit darah… kenap… Baca lagi...
5 hari
rajaadlan99
Tekak Gatal dan Sentiasa Batuk Berkahak dan Kering Saya lelaki berusia 21 thn. Saya dah 2 minggu mengalami tekak gatal tapi setakat ini saya ke tempat kerja dan jumpa kawan, mereka tiada jangkitan apa apa lagi. Adakah ianya tekak gatal biasa? Kadang k… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Perbezaan Rhinitis & Sinusitis Assalamualaikum dan Hai. Saya keliru tentang dua benda iaitu Sinusitis dan Rhinitis. Adakah ia penyakit yang sama? Jika tidak, apa perbezaannya? Baca lagi...
4 hari
Sulit
Kebas di tangan dan leher,bunyi tinnitus di telinga dan kadang² rasa nak pitam Sy perempuan brusia 23 thn…Kebelakangan ni sering mengalami rasa kebas d leher dan menjalar ke bahagian telinga…kdg² trasa pitam dan kedengaran bunyi tinnitus d telinga…Kadang² dalam keadaan reh… Baca lagi...
18 hari
Sulit
Tekak sentiasa berkahak sejak 2 tahun lalu Hi doc. Saya ada masalah dengan tekak yang sentiasa berkahak, kahak berwarna putih. Saya tidak batuk mahupun selsema. Saya guna sering sakit kepala di bahagian kanan hingga ke mata kanan. Adakah… Baca lagi...
6 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!