Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi lagi

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: April 14, 2020 8:20 AM

Sulit 46 hari

Saya dlm setahun lebih nie saya kerap buang air besar dan rasa tidak puas macam nak pi membuang lagi . Suka keluar lendir banyak juga . Kenapa yaa doktor

Dr Sashini Seeni 46 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Saya faham anda tentu risau dengan simptom yang anda alami. Untuk makluman anda, najis berlendir dan berbuih biasanya boleh disebabkan oleh pemakanan. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan banyak lendiran pada najis.

Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:

  • Masalah penghadaman seperti radang usus
  • Jangkitan bakteria di dalam usus
  • Ulser usus
  • Luka pada dubur
  • Usus tersumbat
  • Kanser usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk.

Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 14 2020 08:20:08 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Sembelit dan berak berdarah Saya lelaki dalam 20an kerap sembelit sehinggakan terdapat pendarahan. Ada juga satu ketika warna najis berwarna hitam and rasa tidak selesa atau kembung perut Baca lagi...
45 hari
Sulit
Anak sukar membuang air besar Hi doktor. Anak saya berumur 2tahun 2bulan mengalami masalah sukar untuk membuang air besar. Setiap kali anak saya membuang air besar, najis keras seperti batu. Anak saya membuang air besar yang… Baca lagi...
37 hari
Sulit
Membuang najis berwarna hitam Saya aisah berumur 29thn, sejak dua hari lepas saya membuang najis berwarna hitam dan sering sakit perut Baca lagi...
47 hari
Sulit
Najis anak kecil berwarna hitam Hai doktor, anak saya berumur 3 thun 5 bulan, bila buang air besar najis dia berwarna hitam. Dia tidak mengambil sebarang jenis ubat. Normalkah macam tu? Apa yang perlu saya lakukan?Terima kasih … Baca lagi...
31 hari
Sulit
Buang ari besar berlendir Saya mengalamami buang air besar berlendir dalam masa 3 hari dan cair tapi takda sakit perut dan rasa buang air besar tak puas,dan mak ayah saya ada demam selsema dan batuk tapi suhi bawah 37 da… Baca lagi...
43 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi