
hafizzariq299
6 tahun
Kerap buang air kecil secara tiba2
saya mempunyai anak berumur 3 tahun.sebelum ini anak saya tidak ada masalah untuk buang air kecil dengan memberitahu atau pergi ke tandas dengan sendirinya.tetapi sejak beberapa hari ini dia kerap terbuang air kecil tanpa memberitahu atau merasakan yang dia hendak terbuang air kecil.tanpa sedar dia terbuang air kecil.waktu yang kerap ia terjadi pada siang hari.pada waktu2 tertentu saya akan pantau dan akan menyuruh dia membuang air tapi biasanya dia akan terbuang secara tiba2.apakah puncanya dan apa cara untuk merawat

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca kanak-kanak mengalami masalah seperti ini. Antara puncanya ialah:
- Terlalu banyak minum air
- Kanak-kanak terlalu leka bermain dan menahan kencing, kemudian tidak mampu menahannya
- Masalah kencing manis jenis 1
- Masalah saraf yang mengawal rasa ingin kencing
Bagi mengetahui punca dan rawatan untuk anak anda, puan disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi secara peribadi. Terima kasih.