Anonymous
6 tahun
Kerap Buang Air Kecil
Saya dah berkahwin… Sepatutnya esok saya datang bulan tetapi 3 hari awal saya datang darah coklat tetapi dalam kuantiti yg sedikit kemudian berhenti… Kemudian saya kerap buang air kecil. Dan cara untuk rawat masalah kerap buang air kecil. ??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah kerap buang air kecil yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Infeksi saluran kencing
- Infeksi pada vagina
- Pengambilan ubat - ubat tertentu
- Overactive bladder
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih

































