nordahlia
4 tahun
Kerap kencing dalam persekitaran pejabat ber aircond
Saya wanita berusia 35 tahun dan bekerja di pejabat yg mempunyai centralized aircond. Kadang2 suhu aircond sangat sejuk sehingga saya kerap ke tandas. Saya tahu setiap orang perlu minum banyak air bagi mengekalkan tekanan darah normal. Kalau saya minum banyak air di pejabat, saya akan kerap kencing dan dalam kuantiti yang banyak. Adakah itu normal? Adakah saya tidak sepatutnya minum banyak air? Apa yang perlu saya lakukan bagi mengekalkan suhu badan dan tekanan darah normal?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Kerap minum air - air kosong atau air manis
- Minuman berkafein
- Penyakit kencing manis
- Masalah fibroid dalam kalangan wanita
Untuk mengatasi masalah yang anda alami, beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Kurangkan minuman air manis, berkafein serta air kosong ketika dipejabat - minum hanya apabila dahaga sahaja. Hal ini kerana badan mempunyai mekanisme yang cukup efisyen untuk memberitahu kita jika air cukup ataupun tidak. Ia tidak seharusnya memerlukan 8 gelas air sehari
- Memakai jaket atau pakaian tebal di pejabat
- Membuat pemeriksaan kesihatan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.