Sulit
3 tahun
Kerap kencing, sakit bawah perut serta kencing terasa panas
saya mengalami masalah kerap kencing dan kencing terasa panas serta sakit di bawah perut, jadi saya ambil keputusan untuk pergi ke klinik dan doktor sahkan ada jangkitan dalam air kencing saya, dan ia bukanlah jangkitan yang teruk. doktor telah berikan saya antibiotik, selepas dua hari saya habiskan antibiotik, saya masih lagi kerap kencing dan terasa panas semasa kencing tapi dah tak ada rasa sakit bawah perut, adakah jangkitan saya masih belum pulih doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ini bermakna jangkitan tersebut belum pulih sepenuhnya. Anda boleh kembali ke doktor lagi untuk mendapatkan ubat antibiotik, jike perlu. Selain ubat, anda harus minum banyak air untuk membersihkan saluran kencing anda. Anda juga boleh cuba minum jus kranberi untuk membersihkan saluran kencing.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.