
Sulit
5 tahun
Kerap kencing yang tidak lawas
Saya wanita berumur 40 tahun, baru2 ni saya buang air saya rasa sakit sedikit, tak lawas, dan kerap, jd sy cuba minum air masak banyak dan buang air yg banyak tp masih rasa tak lawas dan ada rasa kat saluran kencing gatal/pedih, adakah ini yg dinamakan UTI atau jangkitan kencing kotor? Apakah jenis rawatan yang perlu saya dapatkan? Disebabkaan saya nak pergi umrah esok boleh penyakit ini cepat sembuh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara penyebab gejala kencing tidak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.