Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap kentut dan pedih

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 20, 2021 1:18 PM

Sulit 44 hari

Ayah saya yang baru pulang ke rumah selepas koma hampir 2minggu akibat covid 19.Sekarang ni ayah saya mengalamai kerap kentut dan berasa pedih di bahagian lubang duburnya.Saya ingin bertanya apakah masalah yang dialami ayah saya dan cara mengatasinya

Dr Sri Viknarajan 44 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.

Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala kerap kentut dan berasa pedih pada bahagian lubang dubur yang dialami oleh ayah anda. Kami akan cuba membantu anda.

Umumnya gejala sakit dan pedih pada kawasan anus yang disertai gejala kerap mengeluarkan gas (kentut) boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:

  • gangguan sembelit
  • gas saluran pencernaan yang berlebihan
  • makanan yang terlalu pedas

Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:

  • irritable bowel syndrome
  • jangkitan kuman pada saluran usus
  • buasir

Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Sun Jun 20 2021 13:18:08 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang penyakit kelamin secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19