
nurulaaina
5 tahun
Kerap mengantuk dan kejang kaki
Saya wanita berumur 32tahun. Ada dua soalan yg ingin sy tanya doc.
- sy tido jam 10 mlm dan bangun jam 5pagi. Tiada ganguan tidur, tidak terjaga ketika tidur. Masalah saya adalah bila siang hari sy akan terlelap dgn sendiri. Kadang2 di awal pagi sebelum memulakan kerja. Kenapa ya?
- dalam sebulan akan ada sehari di mana di mlm hari sy akan terjaga drpd tidur kerana kejang kaki. Kejang di bhgian betis hingga jari kaki. Seperti urat seakan mahu putus. Sdngkan tidak melakukan apa2 sukan pada hari tersebut dan tidak berdiri sepanjang hari. Kenapa ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kekejangan otot. Antara punca-punca tersebut adalah:
- Otot keletihan
- Otot kekurangan oksigen
- Kekurangan air/”Dehydration”
- Kekurangan mineral dalam badan
- Kelemahan otot yang kurang aktif
Berkenaan dengan soalan anda tentang kerap mengantuk,tabiat tidur yang baik adalah penting untuk memastikan bahawa anda mendapatkan tidur yang baik. Tabiat tidur yang baik termasuk:
• Tidak menggunakan telefon dan komputer serta menonton televisyen satu jam sebelum tidur
• Tidak mengambil makan malam yang berat
• Bangun dan tidur pada waktu yang tetap
• Kurangkan tidur pada waktu siang
• Bersenam pada waktu siang dan bukan sebelum tidur
• Memakai pakaian serta menggunakan katil yang sesuai untuk tidur
• Gunakan bilik tidur untuk tidur dan hubungan kelamin sahaja dan bukan untuk aktiviti lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih