
fiahmad87
5 tahun
Kerap mengantuk & mudah sakit kepala
Saya berumur 32 tahun dan seringkali mengalami tekanan darah yang rendah. Saya akan mudah sakit kepala. Ada masanya bila saya sakit kepala saya akan minum atau makan makanan yang manis seperti ais krim atau 100 plus dan kadang2 ianya berkesan. Saya juga mengalami keguguran rambut dan baru2 ini seringkali rasa mengantuk yang melampau. Tengah potong bawang pun saya boleh terlelap. Asalkan duduk… confirm tertido. Adakah saya mungkin mempunyai anemia? Perlukah saya menjalani pemeriksaan darah? Saya risau kerana saya bakal memulakan pekerjaan di tempat yang baru dan saya takut rasa mengantuk saya ini akan menjejaskan kualiti kerja saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat(contohnya: tempoh masa mengalami masa)
Malah terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit kepala.Antaranya ialah:
Sakit kepala primer : Majoriti daripada sakit kepala boleh datang dari kumpulan sakit kepala jenis primer. Jika bukan daripada sakit kepala jenis primer, maka sakit kepala itu akan disebabkan daripada sakit kepala jenis sekunder.
Sakit kepala sekunder: boleh disebabkan masalah yang menyebabkan tekanan di dalam ruang tengkorak meningkat daripada paras yang normal
Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang pil perancang kehamilan. Terima kasih.