Tanya Doktor

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kerap mengantuk walaupun rehat cukup

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Oktober 22, 2020 2:02 AM

yayanurdaya08 41 hari

Saya wanita berusia 23 tahun . Doktor saya ingin bertanya , sejak akhir-akhir ini saya sentiasa rasa mengantuk pada waktu siang walaupun saya mendapat tidur yg mcukupi . Selain itu sy juga hilang selera makan walaupun ketika itu sy berasa sngt lapar . Apa kah sy mengalami masalah ksihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 41 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya akan jelaskan dengan terperinci mengenai masalah kerap mengantuk dan puncanya. Mengantuk pada siang hari yang berlebihan bermaksud rasa mengantuk yang berterusan dan sering tidak bertenaga, walaupun mendapat tidur yang cukup pada waktu malam. Kerap mengantuk mungkin disebabkan oleh masalah gangguan tidur seperti narcolepsy, “sleep apnea” atau gangguan tidur irama sirkadian (“circadian rhythm”).

Terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.

  • Kurang tidur
  • Tabiat tidur yang buruk
  • Sindrom Prahaid
  • Hiperinsomnia idiopatik"idiopathic hyperinsomnia"
  • Insomnia
  • Fibromyalgia
  • Hypothyroidism
  • Anemia

Ini adalah nasihat umum dan bukan rawatan perubatan:

  • Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
  • Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
  • Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
  • Minum teh hijau setiap pagi akan mengurangkan rasa mengantuk
  • Minum air limau setiap pagi akan mencergaskan minda anda
  • Makan sarapan pagi yang berkhasiat
  • Bersenam setiap hari

Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Oct 22 2020 02:02:01 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Selalu rasa senak mata dan kebas mata setelah bangun tidur Hi doc, sy lelaki berumur 19 tahun. Saya sudah 4 bulan mengalamai sakit dan senak mata ini dan sekarang senak mata itu semakin menjadi2. Ketika sy senak mata, mata saya tidak merah dan jarang be… Baca lagi...
2 hari
Sulit
Upk negatif opk positif Saya berumur 27 thn,19/11 saya period tapi masuk hari kedua period dh xde, semalam 23/11 saya check opk says bab rasa mual, pening dan kram di perut, n opk positif, n saya tnya kwn diaorg ckp b… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sakit dada tengah dan kiri Saya wanita umur 25 tahun. Sudah 3 hari saya sakit dada tengah dan kadang2 sakit dada kiri, kemudian naik ke tekak rahang. Tangan saya juga sakit jd lemah dan rasa sejuk2 di dalam tangan. Sakit … Baca lagi...
11 hari
Sulit
Sakit pingang kiri dan ovari kiri Assalamualaikum doktor, saya wanita umur 36 thn, selepas 6 hari gugur, ada ketulan darah keluar banyak pada hari ke enam. Dan bila bangun pagi, saya rasa sakit pinggang kiri dan juga ovari kiri.… Baca lagi...
4 hari
aminchicanos8
Vitamin berroca sesuai tak di ambil untuk pesakit kencing manis Sy ada kencing manis…boleh ke sy ambil vitamin berroca utk supplement sy…terima kasih Baca lagi...
9 hari