
amirul86hakim
3 tahun
Kerap Rasa Mengantuk
Ubat apakah di farmasi yang boleh saya dapatkan Kerana saya kerap rasa mengantuk yang amat sangat (3 to 4 days/week) (even worst during Ramadan) hingga membahayakan keselamatan (memandu, tmpt kerja.) Saya lelaki ,age <40, 60kg, Saya sudah tidur awal, pastikan tidur cukup, hydrate secara average, makan juga sy telah kurangkan carb dan gula, kebanyakan iktiar telah dibuat. Mohon bantuan doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat pelbagai punca kenapa anda boleh kerap berasa mengantuk.
- Kurang tidur
- Tabiat tidur yang buruk
- Sindrom Prahaid
- Hiperinsomnia idiopatik"idiopathic hyperinsomnia"
- Insomnia
- Fibromyalgia
- Hypothyroidism
- Anemia
Ini adalah nasihat umum dan bukan rawatan perubatan:
- Patuhi jadual tidur yang tepat dan sama untuk setiap hari supaya anda tidak akan kekurangan tidur
- Dapakan vitamin D dari matahari setiap pagi bagi menyegarkan minda anda dan mengurangkan rasa mengantuk
- Basuh muka anda dengan air sejuk setiap kali anda mengantuk
- Makan sarapan pagi yang berkhasiat
- Bersenam setiap hari
Anda harus berjumpa doktor bila rasa mengantuk yang dihadapi menganggu rutin harian anda atau rasa mengantuk menjejaskan perhatian anda sewaktu bekerja atau memandu. Rawatan untuk masalah ini bergantung kepada puncanya. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mengetahui punca anda kerap mengantuk dan rawatan yang diperlukan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih