Sulit

2 tahun

Kerap sakit belakang di bahagian tulang tunjang bawah pinggang, apakah rawatan yang perlu dijalani untuk mengetahui lebih lanjut?

Saya lelaki berumur 29 tahun. Beberapa bulan kebelakangan ini, saya kerap sakit belakang di bahagian tulang tunjang bawah pinggang terutamanya bila duduk bersila. Kadang-kadang apabila saya baring pun masih rasa sakit belakang dan tidak selesa. 4 tahun sebelum ini, setiap hari saya ulang alik pergi dan balik kerja naik motor selama satu jam ke tempat kerja dan setiap hari kerja saya mengangkat kotak berat. Tapi mulai bulan 4 tahun ini saya hanya bekerja daripada rumah. Adakah rasa sakit belakang saya berpunca daripada itu? Apakah rawatan yang perlu saya lakukan untuk mengetahui sama ada ini sakit belakang biasa atau mungkin slip disc? Perlukah saya menjalani ujian x-ray atau MRI?

Sekian, terima kasih.

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mengalami sakit belakang yang berpanjangan. Anda juga mempunyai sejarah kerja mengangkat berat. Kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  • Tulang belakang patah (akibat trauma, jatuh dan sebagainya)
  • Prolapsed / Slipped intervertebral disc, iaitu sejenis kondisi di mana cecair seperti jeli antara 2 ketul tulang belakang telah terkeluar dari kedudukan asalnya
  • Scoliosis dan kyphosis tulang
  • Kanser tulang belakang
  • Radang sendi tulang belakang
  • Masalah kecederaan pada otot belakang
  • Masalah saraf tunjang
  • Jangkitan kuman tulang belakang
  • Penyakit batu karang

Berikut merupakan senarai penyakit tulang belakang yang umum dengan simptom anda lalui. Kami tidak dapat memberikan diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta imbasan yang sepatutnya.

Kebiasaannya, imbasan asas yang akan dilakukan oleh doktor untuk masalah sakit tulang belakang adalah x-ray. Walaupunbegitu, x-ray hanya mampu memperlihatkan struktur tulang, susunan serta ketumpatannya sahaja. Jika ia merupakan masalah otot atau slipped disc, MRI sememangnya lebih baik dan jelas.

Kami menyarankan agar anda rujuk masalah ini kepada doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat rawatan seterusnya. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar tulang.

AdobeStock_297074906

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)