
Sulit
4 tahun
Kerap sakit di bawah perot sebelah kiri
Assalamualaikum boleh saya tahu kenapa kerap sakit perot di bahagian bawah sebelah kiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi aiitu sakit perut di bahagian bawah sebelah kiri. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa perkara, antaranya ialah:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
- sakit otot
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih