
Sulit
5 tahun
Kerap sakit kepala sebelah kanan
selamat malam. saya berumur 23. sakit kepala sebelah kanan. saya amil ubat caffox dengan arcoxia. before this celebrex and pernah makan sandomgrain jugak. tapi sakit tu tak kurang pun. kerap sangat datang. kadang2 secara tiba2. apa yang perlu saya lakukan? bahaya ke?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala pada satu bahagian sahaja boleh disebabkan:
- Migrain - pencetus seperti pemakanan, stres
- Perubahan hormon
- Sakit kepala tegang - akibat stres
- Kurang air atau gula
- Kesan “withdrawal” ubat
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun di link (DoctorOnCallEPharma) ini untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.