
fathanahhassan
4 tahun
Kerap sakit tumit dan pinggang
saya seorang perempuan berumur 23 tahun. saya terlalu kerap sakit dibahagian tumit kaki dan pinggang sekiranya saya berdiri atau berjalan lama. sakit ini kerap berlaku lebih-lebih lagi apabila saa berjalan di atas mar-mar/mozek/lantai yang tidak beralas. kesakitan itu membuatkan saya terpaksa berjalan dengan hanya menggunakan bahagian kaki hadapan sahaja (menonjit). rasa sakit dibahagian tumit dan pinggang adalah sama. rasa pedih yang mencucuk-cucuk. pada pendapat doktor adakah penyakit saya serius atau ada kaitan dengan masalah rahim atau alat kelamin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah ini. Antaranya ialah:
- Bengkak tumit: Ia sering berlaku kepada orang yang menpunyai tapak kaki yang rata. Ia juga boleh disebabkan oleh memakai kasut tumit tinggi sebelum tulang matang sepenuhnya.
- Sindrom Tarsal Tunnel: Terjadi apabila saraf besar di bahagian belakang kaki termampat.
- Keradangan kronik pad tumit: Ini disebabkan sama ada pad tumit menjadi terlalu nipis, atau badan terlalu berat.
- Retak: Berlaku tekanan yg berulang, senaman berat, sukan, atau kerja berat. Ia juga boleh disebabkan oleh osteoporosis.
- Penyakit Severs: Ini adalah penyebab utama sakit tumit pada atlet remaja dan kanak-kanak, yang disebabkan oleh microtrauma berlebihan dan berulang pada plat pertumbuhan tulang tumit. Ia paling kerap memberi kesan kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 15 tahun.
- Tendinosis Achilles: Ia adalah keadaan kronik yang berkaitan dengan kemerosotan progresif tendon di kaki.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan sakit pinggang antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi seria rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.