
Sulit
3 tahun
Kerap sgt fikir rasa nak mati
hi doktor, saya lelaki berusia 26tahun sudah berkahwin dan ada anak sorang, start dari tahun lepas saya kerap sgt rasa takut nak mati, rasa berdebar2 tk tentu masa, sukar bernafas, susah nak tidur, badan kerap sakit, dada dgn kepala kerap sakit,dahi dgn rambut rasa bergerak2,tangan dgn kaki kerap saya peluk sejuk atau kebas dan penghadaman tak teratur.bila saya rasa dahi atau rambut bergerak2 je terus saya fikir tanda nak mati.lepas tu semua benda saya rasa mcm saya cakap yg diatas.saya pun tktahu sebenarnya apa masalah saya.boleh saya tahu apa masalahnya

3 tahun
Hi,salam sejahtera dan terima kasih kerana pertanyaan penting ini.
Kami sangat memahami kebimbangan anda,dan sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda,kecelaruan emosi yang tidak dapat dikawal mestilah diambil berat sepenuhnya kerana ianya boleh memberikan bahaya yang teramat sangat kepada seseorang.
Masalah sebegini sangat penting untuk dirawat segera kerana ini merupakan suatu masalah yang boleh ditangani bersama dan tidak diabaikan.
Jikalau diabaikan masalah ini akan hanya memberikan kesan besar kepada anda dan rawatan akan bertambah sukar.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk masalah sebegini sebelum kita mempunyai diagnosis sebenar…
Berbagai penyakit dapat menyebabkan penurunan fungsi saraf otak (penyakit neurodegeneratif),
Selain penyakit-penyakit di atas, ada juga beberapa kondisi yang dapat menyebabkan gangguan sebegini,:
- Masalah tiroid (amat penting)
- Cedera otak berat
- Gangguan pernafasan yang menyebabkan rendahnya kadar oksigen dan tingginya kadar karbon dioksida dalam tubuh.
- Gangguan jantung dan pembuluh darah transient ischaemic attack (TIA), endokarditis, dan miokarditis.
- Penyalahgunaan obat-obatan dan alkohol.
- Kanker otak atau kanker dari tempat lain yang boleh ke otak.
- Infeksi, seperti HIV, [infeksi otak, meningitis, dan sifilis.
- Ensefalopati, misalnya yang disebabkan oleh kelainan hati
Berikut merupakan masalah-masalah yang dikatakan organik oleh seorang pakar psikiatri,
Masalah-masalah organik ini akan dikecualikan dahulu dengan teliti sebelum seseorang pakar psikiatri mengambil kira masalah psikiatri sebagai sebab masalah anda.
Masalah psikiatri yang mungkin menjadi punca masalah anda adalah
gangguan kebimbangan
kemurungan
OCD
Masalah boleh ditangani bersama jikalau nasihat,pandangan dan rawatan yang diperlukan diambil kira bersama.
Oleh yang demikian ,anda amatlah disarankan untuk mendapat bantuan segera daripada pihak kami.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Sila hubungi befrienders untuk sokongan emosi
03-76272929 [24 hours]
Kami berharap jawapan kami membantu anda
.
Janganlah melanjutkan kegelisahan anda dan tolong hubungilah kami.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri